PENGENALAN

 

Sebenarnya usaha bagi membina laman ini telah bermula seawal tahun lepas lagi daripada usaha persendirian dengan dibantu oleh pihak-pihak tertentu. Ianya dijangkakan siap sekurang-kurang 80% pengisiannya pada hujung 2009 atau selewat-lewatnya awal tahun 2010. Namun kerana beberapa sebab tertentu laman ini masih terus dalam bentuk pembinaan.

Kelewatan yang terdapat tidak dilihat sebagai satu rintangan malahan mungkin ianya dapat dilihat sebagai satu kebaikan. Pengarang mungkin akan membuat beberapa bentuk perubahan serta tambahan pada pengisian laman ini yang mana sesuai dengan tajuk lanjutan laman ini iaitu ‘Mari Mengenali Masyarakat Terengganu’ di bawah tajuk utama 'Terengganu 3M' yang mana '3M' itu sendiri bermaksud 'Mari Mengenali Masyarakat'. Pengarang juga akan cuba mengupas secara kritikal sosio budaya masyarakat dalam menilai semula objektif laman ini.